SUPERSTAR UMMAH

SUPERSTAR UMMAH

Mahukan cuti sekolah yang bermakna untuk anak anda? Anda sedang memerhatikan sebuah program yang lain daripada Kem Motivasi biasa! Biarkan anak anda menjadi kanak-kanak yang lebih hebat! Biarkan mereka mengalami transformasi diri dan kemahiran yang bermanfaat! Izinkan mereka menjadi SUPERSTAR UMMAH!

 SUPERSTAR UMMAH direka khas untuk kanak-kanak berusia 7 tahun sehingga 12 tahun!

hands_holding_book_custom_16440

PERSOALAN UNTUK ANDA!

  • Anak anda selesa berbahasa Inggeris? Atau sekadar tahu menulisnya? Apa kata kita jadikan dia seorang yang selesa menulis, membaca, bertutur dan menggunakan Bahasa Inggeris dalam kehidupan seharian?
  • Anak anda gentar berbicara di hadapan khalayak ramai? Ingin mengubah kelemahan ini? Apa kata kita jadikan dia seorang yang yakin dan hebat berbicara serta mampu berpidato?!
  • Anak anda lemah dalam akademik? Sukar memahami kenapa anak tidak mampu cemerlang di sekolah? Apa kata kita seimbangkan otak kanan dan kirinya serta jadikan dia seorang pelajar yang cemerlang?!

JIKA ANDA MEMPERCAYAI KAMI UNTUK MEMBIMBING ANAK ANDA,
SERTAI SUPERSTAR UMMAH 2018 SEKARANG!

1. ENGLISH ZONE

English Cuti Sekolah 1

Program ini direka khas untuk memudahkan peserta menyesuaikan diri dengan Bahasa Inggeris.

Dengan menggunakan pendekatan yang menyeronokkan,English Zone membebaskan peserta daripada rasa kekok menggunakan Bahasa Inggeris dalam kehidupan seharian.

English Cuti Sekolah 2

English Cuti Sekolah 3

Selain berbeza dengan kaedah di sekolah dan pusat tuisyen, English Zone juga menuntut pesertanya mempraktikkan ilmu sepanjang latihan dilaksanakan. Dan inilah yang menyebabkan English Zone telah melahirkan ramai pelajar yang yakin dan minat untuk berbahasa Inggeris!

2. MISI BIJAK BERBICARA

Misi Bijak Berbicara 1

MISI BIJAK BERBICARA pula lain ceritanya. Program ini diadun dan dicanai dengan aktiviti-aktiviti yang bakal menghilangkan perasaan takut dan gemuruh untuk berbicara. Dengan konsep santai dan selamba, para peserta bakal didedahkan dengan pengalaman yang menyeronokkan dalam dunia seni berbicara dan ini yang menyebabkan mereka akhirnya mampu menguasai kemahiran ini.

Misi Bijak Berbicara 2

Mereka akan menyanyi, berlakon, berpidato dan pelbagai lagi aktiviti yang menjurus ke arah menjana kemahiran pengucapan awam yang padu. Sama ada anda percaya atau tidak, ramai ibu bapa yang terkejut dengan perubahan yang berlaku kepada anak mereka. Dari penakut jadi berani. Dari tidak berkeyakinan menjadi berkemahiran berbicara!

3. BRILLIANT STUDENTS’ SKILLS

Brilliant Students Skills 1

Kalau tadi lebih kepada kemahiran insaniah (softskills), program ini pula bersifat menajamkan minda dan memperkasakan kemahiran belajar.

Pelajar yang cemerlang adalah pelajar yang aktif otak kanan dan kirinya. Dan pelajar juga sukakan permainan (games). Jadi jika digabungkan kedua-dua konsep ini, maka lahirlah Brilliant Students’ Skills! Peserta akan bermain, belajar dan bekerja serta dalam masa yang sama, membina kekuatan minda!

Brilliant Students Skills 2

Brilliant Students Skills 3

Apakah perkara yang menyeronokkan ibu bapa selain melihat anaknya semakin pintar? Dan apakah perkara yang menggembirakan hati pelajar selain bermain dan bermain. Jadi, inilah program yang memuaskan hati kedua-dua pihak!

PENYERTAAN PROGRAM CUTI SEKOLAH AMPAC 2018

AMPAC BANDAR BARU BANGI

Tarikh Program :
26 – 29 NOV 2018 (Sesi Nov)
3 – 6 DIS 2018 (Sesi Dis)
17 – 20 DIS 2018 (PCS 2.0)

Tempat : Az-Zahrah Multi-Intelligence Academy No.10A-12A, Medan Pusat Bandar 1, Seksyen 9, 43650 Bandar Baru Bangi, Selangor Darul Ehsan (Sebaris dengan Hospital Islam Az-Zahrah)

Waktu : 9pg – 430ptg Bilangan Pelajar : Maksimum 100 orang

Yuran Pendaftaran : RM50 (PERCUMA!)

Yuran Penyertaan :

PROGRAM 4 HARI : RM399 (seorang), RM390 (berkumpulan), RM385 (early birds)
PROGRAM 2 HARI : RM300 (seorang), RM270 (berkumpulan), RM250 (early birds)

*Penginapan tidak disediakan
*Early birds – pendaftaran awal 2 minggu sebelum tarikh program
*Pertanyaan klik 
http://www.wasap.my/60132719170/PertanyaanPCS


TAPI… KENAPA PILIH SUPERSTAR UMMAH?


  1. Para jurulatih dan fasilitator yang berpengalaman dan sporting! Anak anda pasti sukakan mereka!
  2. Pendekatan & kaedah pembelajaran yang unik dan menyebabkan pelajar tidak sempat untuk bosan!
  3. Mereka dilatih seharian dari pukul 9pg – 430ptg. Mudah untuk menghantar dan mengambil dari tempat kerja!
  4. Terbukti berkesan terhadap para peserta yang sudah menyertainya!
  5. Kerana anda inginkan sesuatu yang hebat untuk anak anda yang bakal menjadi insan hebat

APA TUNGGU LAGI? JOM SERTAI SEKARANG!!!

WE LOVE AMPAC


Nota : Buat masa ini, kami di pihak AMPAC memohon maaf kerana tidak dapat menerima penyertaan pelajar
pelajar disleksia, asperger, sindrom down, autistik, ADHD dan lain-lain kerana di luar kemampuan dan kepakaran kami. Harap maaf.



Perhatian! Sila lengkapkan borang di bawah.

Ruangan yang wajib diisi

BUTIRAN PEMBELIAN

Produk Kuantiti Harga (RM)
PROGRAM CUTI SEKOLAH BANGI
JUMLAH
JUMLAH KESELURUHAN (RM)
Caj Pengendalian (RM)

BUTIRAN PELANGGAN

Log Masuk atau

BUTIRAN PESERTA

Butiran Pembayaran