SUPERSTAR UMMAH

SUPERSTAR UMMAH

Mahukan cuti sekolah yang bermakna untuk anak anda? Anda sedang memerhatikan sebuah program yang lain daripada Kem Motivasi biasa! Biarkan anak anda menjadi kanak-kanak yang lebih hebat! Biarkan mereka mengalami transformasi diri dan kemahiran yang bermanfaat! Izinkan mereka menjadi SUPERSTAR UMMAH!

 SUPERSTAR UMMAH direka khas untuk kanak-kanak berusia 7 tahun sehingga 12 tahun!

hands_holding_book_custom_16440

PERSOALAN UNTUK ANDA!

  • Anak anda gentar berbicara di hadapan khalayak ramai? Ingin mengubah kelemahan ini? Apa kata kita jadikan dia seorang yang yakin dan hebat berbicara serta mampu berpidato?!
  • Anak anda lemah dalam akademik? Sukar memahami kenapa anak tidak mampu cemerlang di sekolah? Apa kata kita seimbangkan otak kanan dan kirinya serta jadikan dia seorang pelajar yang cemerlang?!

JIKA ANDA MEMPERCAYAI KAMI UNTUK MEMBIMBING ANAK ANDA,
SERTAI SUPERSTAR UMMAH 2018 SEKARANG!

1. MISI BIJAK BERBICARA

Misi Bijak Berbicara 1

MISI BIJAK BERBICARA. Program ini diadun dan dicanai dengan aktiviti-aktiviti yang bakal menghilangkan perasaan takut dan gemuruh untuk berbicara. Dengan konsep santai dan selamba, para peserta bakal didedahkan dengan pengalaman yang menyeronokkan dalam dunia seni berbicara dan ini yang menyebabkan mereka akhirnya mampu menguasai kemahiran ini.

Misi Bijak Berbicara 2

Mereka akan menyanyi, berlakon, berpidato dan pelbagai lagi aktiviti yang menjurus ke arah menjana kemahiran pengucapan awam yang padu. Sama ada anda percaya atau tidak, ramai ibu bapa yang terkejut dengan perubahan yang berlaku kepada anak mereka. Dari penakut jadi berani. Dari tidak berkeyakinan menjadi berkemahiran berbicara!

2. BRILLIANT STUDENTS’ SKILLS

Brilliant Students Skills 1

Kalau tadi lebih kepada kemahiran insaniah (softskills), program ini pula bersifat menajamkan minda dan memperkasakan kemahiran belajar.

Pelajar yang cemerlang adalah pelajar yang aktif otak kanan dan kirinya. Dan pelajar juga sukakan permainan (games). Jadi jika digabungkan kedua-dua konsep ini, maka lahirlah Brilliant Students’ Skills! Peserta akan bermain, belajar dan bekerja serta dalam masa yang sama, membina kekuatan minda!

Brilliant Students Skills 2

Brilliant Students Skills 3

Apakah perkara yang menyeronokkan ibu bapa selain melihat anaknya semakin pintar? Dan apakah perkara yang menggembirakan hati pelajar selain bermain dan bermain. Jadi, inilah program yang memuaskan hati kedua-dua pihak!

PENYERTAAN PROGRAM CUTI SEKOLAH AMPAC 2018

AMPAC KUALA LUMPUR

Tarikh Program : 12 & 13 DIS 2018

Tempat : Fatehah Learning Centre, 27-2, Jalan Wangsa Delima 2a, Seksyen 5 Wangsa Maju, 53300 Kuala Lumpur

Waktu : 9pg – 430ptg Bilangan Pelajar : Maksimum 150 orang

Yuran Pendaftaran : RM50 (PERCUMA!)

* Tiada modul English Cuti Sekolah
*Penginapan tidak disediakan
*Sebarang pertanyaan boleh hubungi kami di talian 1800 22 AMPAC (26722)

TAPI… KENAPA PILIH SUPERSTAR UMMAH?


  1. Para jurulatih dan fasilitator yang berpengalaman dan sporting! Anak anda pasti sukakan mereka!
  2. Pendekatan & kaedah pembelajaran yang unik dan menyebabkan pelajar tidak sempat untuk bosan!
  3. Mereka dilatih seharian dari pukul 9pg – 430ptg. Mudah untuk menghantar dan mengambil dari tempat kerja!
  4. Terbukti berkesan terhadap para peserta yang sudah menyertainya!
  5. Kerana anda inginkan sesuatu yang hebat untuk anak anda yang bakal menjadi insan hebat

APA TUNGGU LAGI? JOM SERTAI SEKARANG!!!

WE LOVE AMPAC


Nota : Buat masa ini, kami di pihak AMPAC memohon maaf kerana tidak dapat menerima penyertaan pelajar
pelajar disleksia, asperger, sindrom down, autistik, ADHD dan lain-lain kerana di luar kemampuan dan kepakaran kami. Harap maaf.


Perhatian! Sila lengkapkan borang di bawah.

Ruangan yang wajib diisi

BUTIRAN PEMBELIAN

Produk Kuantiti Harga (RM)
PAKEJ BASIC
PAKEJ PREMIUM
JUMLAH
JUMLAH KESELURUHAN (RM)
Caj Pengendalian (RM)

BUTIRAN PELANGGAN

Log Masuk atau

BUTIRAN PESERTA

Butiran Pembayaran